top of page

KEDAI ONLINE

Bayi & Kanak-Kanak

 

POLISI, TERMA & SYARAT

  1. PEMBAYARAN

    1. Semua pesanan akan diproses sebaik sahaja kami berjaya mengesahkan pembayaran daripada anda.  Buti-butir bayaran dalam bentuk tarikh, masa dan nombor rujukan transaksi boleh diperolehi pada resit pembayaran / transaksi.  Anda mesti memaklumkam kita butir-butir tersebut melalui S.M.S. / e-mail.  Sila simpan resit pembayaran / transaksi tersebut sebagai rujukan.

    2. Jika pembayaran atau kaedah pembayaran tidak diterima, anda perlu membuat pembayaran lagi,  atau pesanan anda akan dibatalkan.

    3. Selepas pembayaran anda diproses, bayaran tersebut adalah tanggungjawab anda.

  2. MEMBATALKAN PESANAN

    1. Kecuali sebagaimana yang dinyatakan bagi produk tertentu, jika anda ingin membatalkan pesanan selepas pesanan anda disahkan, tetapi masih dalam masa dua puluh empat (24) jam, sebelum penghantaran dibuat, kami akan mengembalikan bayaran anda (yuran transaksi kad kredit syarikat tidak boleh dikembalikan).

    2. Jika anda ingin membatalkan pesanan selepas dua puluh empat (24) jam lepas pengesahan pesanan anda, sebelum penghantaran dibuat, kami akan memotong 18% daripada bayaran yang akan dikenbalikan kepada anda sebagai bayaran pemprosesan kami..

    3. Setelah penghantaran dibuat, anda tidak boleh membatalkan pesanan anda lagi, walaupun anda mengembalikan produk kepada kita, PayreloadShop tidak dapat mempulangkan bayaran anda.

  3. PENGHANTARAN BARANGAN

    1. Produk yang dipesan akan dihantar ke alamat yang sudah dinyatakan oleh pembeli dalam pesanannya.

    2. Masa anggaran penghantaran barangan adalah sebagai rujukan sahaja.  Masa anggaran penghantaran tidak boleh dianggapkan sebagai masa penghantaran yang sebenar, PayReloadShop tidak akan bertanggungjawab ke atas kelewatan penghantaran barangan tidak kira apa sebabnya.

    3. Jika PayReloadShop tidak dapat menghantar barangan kepada pembeli dalam masa yang munahsabah, PayReloadShop akan memulangkan kesemua bayaran yang pembeli bayar untuk barangan tersebut, dengan adanya notis bertulis daripada pembeli.

    4. Jika pembeli gagal menerima barangan yang sudah dihantar (bukan disebabkan oleh kelalaian PayReloadShop), PayReloadShop ada kuasa untuk mengambil tindakan seperti :-

      • Menghubungi dan mengenalpasti dengan pembeli untuk membuat penghantaran semula dengan syarat kos penghantaran di tanggung oleh pembeli.

      • Membatalkan pesanan dan memulangkan bayaran kepada pembeli. (Bayaran yang dipulangkan adalah jumlah yang sudah tolak yuran penghantaran dan pemprosesan).

Dengan menggunakan halaman ini untuk membuat pesanan, anda telah baca dan menerima Polici, Terma & Syarat yang dinyatakan.  PayreloadShop berhak untuk mengubah dan menukar Polisi, Terma & Syarat pada bila-bila masa. Anda mesti membaca Polisi, Terma & Syarat setiap kali sebelum menggunakan perkhimatan yang disediakan pada halaman web ini.

bottom of page